π TARIKH : 21 FEBRUARI 2025
π PROGRAM : SETAPAK MELANGKAH, SEJUTA KENANGAN DIBAWA
π« TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SKBD
Kami warga SK Belimbing Dalam mengucapkan Selamat Maju Jaya dan Salam Perpisahan buat Ustaz Mohd Affie yang bertukar ke SK Melaka Pindah.
Semoga ustaz terus cemerlang dalam segala bidang tugas yang dilaksanakan. Terima kasih atas segala ilmu, bantuan dan sokongan kepada Warga SK Belimbing Dalam βΊοΈ
Kalau tidak karena unggas,
Tidaklah rusak padi disawah,
Kalaulah tidak kerana tugas,
Tidaklah kita akan berpisah.
Mengait rambutan menggunakan galah,
Disimpan bersama buah berangan;
Walau sezarah silap dan salah,
Harap dimaafkan disimpan jangan.
Selamat jalan, semoga sukses selalu mengiringi langkahmu. Terima Kasih Ustaz!
#SKBDUnggul