???????????? Makluman buat semua ibu bapa / penjaga
Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026 melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS) di https://idme.moe.gov.my.
Pendaftaran adalah terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia kohort enam tahun (5+) dan tujuh tahun (6+). Ia selaras dengan keputusan Kerajaan untuk membuka peluang kepada kanak-kanak berusia enam tahun (5+) memasuki Tahun 1 bermula pada 2027 secara sukarela dan tanpa perlu menduduki ujian saringan.
#SKBDUnggul