????MAKLUMAN PENANGGUHAN AKTIVITI KOKURIKULUM????
Dimaklumkan bahawa semua aktiviti kokurikulum SK Belimbing Dalam adalah ditangguhkan sepanjang bulan Ramadan bagi memberi ruang dan peluang kepada murid serta warga sekolah menunaikan ibadah puasa dengan lebih sempurna.
Sehubungan dengan itu, tiada sebarang aktiviti unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan akan dijalankan dalam tempoh tersebut.
Aktiviti kokurikulum akan bersambung semula selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri mengikut jadual yang akan dimaklumkan kemudian.
“Selamat Menunaikan Ibadah Puasa”
#SKBDUnggul