• Main
  • News

Hari Ini Kami Lepaskan Dengan Penuh Rasa Sayang

Hari Ini Kami Lepaskan Dengan Penuh Rasa Sayang

Hari ini kami lepaskan dengan penuh rasa sayang dan penghargaan.

Terima kasih Cikgu Nun Zariah Binti Benjamin yang akan berpindah ke SK Melaka Pindah dan Ustaz Azrul Aminurashid Bin Mohd Ali ke SK Tebong atas segala ilmu, bimbingan dan jasa yang tak ternilai.

Kehadiran kalian mencorakkan perjalanan kami, pemergian ini meninggalkan ruang yang pasti terasa.

Pergi sebagai pendidik, kekal sebagai kenangan abadi dalam hati warga SK Belimbing Dalam ????

Semoga terus cemerlang dan diberkati di tempat baharu. Doa kami sentiasa mengiringi ✨

Burung merpati terbang ke desa,
Hinggap sebentar di dahan sepi,
Ilmu diberi penuh rasa,
Jadi bekalan sepanjang hari.

#KenanganAbadi
#SKBDUnggul