• Main
  • News

Warga Sk Belimbing Dalam Dengan Penuh Rasa Sayu

Warga Sk Belimbing Dalam Dengan Penuh Rasa Sayu

Warga SK Belimbing Dalam dengan penuh rasa sayu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat Puan Suhailah Binti Mamat, GPK Hal Ehwal Murid atas segala jasa, pengorbanan dan kasih yang telah dicurahkan. Cikgu Suhailah telah dinaikkan pangkat sebagai GPK Pentadbiran di SK Sungai Petai.

Setiap langkah, setiap ilmu, setiap senyuman, semuanya terpahat indah dalam memori kami. Kehadiranmu membawa makna dan pemergianmu meninggalkan ruang yang sukar diganti.

Semoga langkah di tempat baharu terus diberkati, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa cemerlang.
Pergimu dirindu, kenanganmu abadi ????????

Pergi berlayar di laut biru,
Singgah sebentar di Pulau Mutiara,
Budi dan jasa takkan berlalu,
Kekal tersemat sepanjang masa ????

#SKBDUnggul
#TerimaKasihCikgu
#LambaianKasih
#KenanganAbadi